Jagalah Kesucian Agama Allah


Jangan ayat-ayat Tuhan dinasyidkan

atau dilagukan tujuan cari makan

Jika dilagukan ia dianggap menjual ayat dengan harga murahan

Dianggap jual agama untuk dunia yang sangat dilarang

Termasuk juga zikrullah, selawat-selawat dilagukan

tujuan mencari nama dan glamor

Ayat-ayat Tuhan, zikrullah, selawat dilafazkan tujuan ibadah

Bukan untuk mencari makan,

bermegah-megah dan mencari popular

Jagalah ayat Allah jangan sampai dinodakan

Mencari nama, mencari makan kerana glamor patut dijauhkan

Jagalah kesucian agama Allah

Jangan motif cari makan atau nama ia disampaikan

Cara ini Tuhan murka,

orang mendengar tidak memberi kesan

Cari makan banyak jalan

Jangan jual agama kerana makan dan nama

Kalau tidak kita tinggalkan

setidak-tidaknya di hujung hidup kita dikenakan hukuman

Takutkanlah Allah yang berkuasa di atas diri kita

Tuhan melihat apa perbuatan yang kita lakukan

Tuhan menghukum di atas perbuatan yang salah

kalau tidak di dunia, di Akhirat pasti kena

Takutkanlah Allah kerana kita tidak dapat lari dari-Nya

Kalau sudah terlanjur insaflah dan bertaubat segera

Jangan buat-buat selamba dan tidak terasa bersalah

Mana hendak lari, mati pasti tiba

Setelah sampai ke Akhirat penyesalan tidak berguna

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi